jejak anda

Dec 29, 2011

adakah kita SELAMAT????...

solat adalah tiang agama bagi umat ISLAM..so klu da tiang tu.,,kita perlu lah perkukuhkannya supaya kita sentiasa dibawah lindungan ALLAH S.W.T..and SOLAT juga boleh diibaratkan seperti sebuah RUMAH...if rumah tu tak der tiang cam ner agak2 nya ek????..dah tentu2 lah roboh rumah tersebut kan..so same la ngan SOLAT y perlu n sentiasa dilakukan sperti y diigini oleh ALLAH S.W.T..

sini ila nak share ttg peringkat2 solat y telah di kenal pasti oleh para2 pengkaji ISLAM..huhuhu..selama nie betol kew cara kita menunaikan solat???..j0m kita selongkar bagi menambahkan pengetahuan...and mengubahnya...


JENIS PERTAMA

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.


JENIS KEDUA

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain. Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat. Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.


JENIS KETIGA

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.


JENIS KEEMPAT


Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya. Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya. Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.


JENIS KELIMA

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi solatnya. Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh. Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.


jika kita berada di peringkat2 di atas..maksudnya kita still belom selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan ALLAH.
ayuh..sama2 lah kita memperbetolkannya...supay kita semua berada dalam selamat..ingat
bukan DUNIAWI sahaja y kita kejari...

4 borak2:

chEntA said...

thanks..nice entry..kita saling mengingati sesama Islam..^_^

chcolate said...

tq dear..:)))

Fendy said...

InsyaAllah....sama2 memperbaiki...

chcolate said...

amin...:)