jejak anda

Oct 20, 2011

waktu mustajab utk berdoa



BERDOA adalah otak ibadat. Begitulah besarnya kedudukan doa. Lagi banyak kita mohon bertambah sayang Allah kepada kita dan ia berbeza dengan manusia, lagi banyak kita minta, lagi banyak kita dimarahi atau dimaki.

Doa sifat perhambaan manusia dan mereka diciptakan untuk hamba-Nya. Supaya doa mudah diterima kita patut meneliti serta mengetahui waktu yang sangat mustajab untuk berdoa antaranya ialah:



~ Pada waktu sepertiga malam iaitu waktu terakhir, ketika orang lain nyenyak tidur

~ Waktu antara azan dan iqamah iaitu ketika menunggu solat berjemaah.

~ Pada waktu sujud iaitu sujud di dalam solat atau sujud lain yang diajarkan Islam seperti sujud syukur, sujud tilawah dan sujud sahwi.

~ Selepas solat fardu iaitu selepas melaksanakan solat wajib lima waktu termasuk selepas solat Jumaat

~ Pada waktu khusus tetapi tidak diketahui dengan pasti batasannya iaitu satu detik pada setiap malam dan setiap hari Jumaat.




so gunakanlah waktu2 ini utk kita berdoa kepada y ESA
mudahan2 DOA kita mudah utk diterima oleh ALLAH...
kita hanya merancang...tapi ALLAH SWT yang menentukan....
aminnn....






2 borak2:

✿INA AINAA✿ said...

Amin..moga2 doa kita termakbul...jgn berputus asa untuk berdoa...nice sharing, TQ.. ^.^..

chcolate said...

insyallah....allah swt tak pernah menghalang umatnya utk berdoa mlh DIA amat suka apabila hambanya meminta2 kepadaNYA...have a nice day ...:)