Penyelarasan cuti semester ini juga dikatakan bagi meyelaraskan cuti dengan pelajar-pelajar di luar negara. Ini bermakna, selepas ini cuti semester semua pelajar universiti di dalam dan luar negara adalah sama. Sebab penyelarasan cuti semester pelajar universiti ini dilakukan mungkin patut kita tunggu dari pihak berwajib dahulu. Namun pastinya mereka mengambil tindakan menyelaraskan cuti semester ini berdasarkan tujuan dan matlamat yang tertentu.
Sebelum itu, seperti yang kita ketahui cuti semester pelajar di universiti dalam negara ini sahaja juga sudah berbeza-beza terutamanya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM). Selain itu ada juga beberapa buah universiti lain dalam negara yang menetapkan cuti semester yang agak jauh beza atau berlainan dengan cuti semester pelajar di universiti lain.
Walaubagaimanapun, bagi mengesahkan berita penyelarasan cuti semester pelajar IPT di seluruh Malaysia ini hendaklah kita tunggu ia diumumkan sendiri oleh kementerian. Pihak kementerian mungkin sedang menyiapkan kalendar pengajian 2011 yang mungkin akan wajib diikuti oleh setiap universiti di seluruh Malaysia. Kita nantikan sahaja berita penyelarasan cuti semester dari kementerian dan bagi pelajar pula mungkin sudah boleh mula merancang apa yang boleh dilakukan semasa cuti semester depan jika benar penyelarasan ini berlaku kerana cuti 4 bulan semester depan itu bukan waktu yang singkat.
Jadi, apa pandangan kamu jika penyelarasan cuti semester pelajar ipt ini dilakukan??
Lebih Lanjut di: http://www.ar-rifke.com/2010/12/penyelarasan-cuti-semester-pelajar-universiti-di-seluruh-malaysia.html#ixzz19tHbHjVP
0 borak2:
Post a Comment